Tuesday, August 25, 2009

Menggunakan linux - LIVECD

Saya percaya majoriti pengguna komputer di Malaysia membesar dengan Microsft / Windows dan untuk melakukan penghijrahan dari tingkap ke kutub utara bukan satu kerja yang mudah.

Saya nak ajak anda semua bersama dengan saya dan jutaan manusia lagi yang telah insaf dan tidak mahu merompak hak Bill Gates lagi.

Untuk menggunakan linux anda perlu memenuhi beberapa syarat:
1. Boleh membaca.
2. Boleh on dan off kan komputer
3. Tahu nak masuk CD / DVD kat mana.
4. Tahu nak cucuk usb storage kat mana.
5. Boleh bersabar selama beberapa jam hingga beberapa hari.
6. Boleh mengawal diri dari berasa panik sehingga terasa ringan tangan nak telepon Linus Torvald.
7. Boleh merenung screen komputer dengan renungan tajam lagi tepat untuk beberapa jam sehari selama beberapa minggu.dan banyak lagi syarat yang boleh di atur dan susun untuk menjadi penghalang antara anda dan linux.

Langkah pertama ialah mendapatkan salinan Installation CD atau DVD distro linux.Sedikit penerangan di sini. distro adalah kata-kata lucah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada mazhab-mazhab linux. Oleh kerana linux ini boleh di perolehi secara percuma dan diedarkan ikut suka hati maka berduyun-duyun lah orang nak menjenamakan linux ikut suka hati diorang. Antara mazhab linux popular ialah Fedora, Ubuntu, Kubuntu, Centos, Redhat, Novell SuSE dan OpenSuSE.Secara amnya mazhab-mazhab linux ini mengikut salah satu daripada dua aliran hukum yang utama iaitu Debian dan RedHat. Sebagai contoh Open SuSE adalah mazhab linux yang berteraskan kepada hukum utama RedHat manakala Ubuntu, Kubuntu adalah pengikut setia aliran hukum utama Debian.Pengikut mazhab-mazhab linux ni akan sentiasa mendakwa distro mereka yang terbagus dan terbaik walaubagaimanapun saya lebih senang sekiranya anda boleh mencuba sendiri distro-distro tersebut dan memilih yang sesuai dengan anda.

Satu perkara yang menarik tentang mencuba distro linux ini ialah hampir semua distro menyediakan LiveCD. LiveCD ini boleh digunakan untuk mencuba linux tanpa merisikokan komputer anda. Apa yang perlu dilakukan ialah:
1. masukkan CD ke tempat yang sepatutnya pada komputer anda.
2. Reboot / restart komputer anda.
3. Semasa komputer anda nak hidup ( sebelum keluar gambar windows ) biasanya ada tulisan menunjukkan cara untuk masuk ke BIOS SETUP dan CHANGE BOOT ORDER.
4. Ubah Boot order dengan memilih CD supaya boot seterusnya akan dimulakan dari CD.
5. Sekiranya anda melakukan langkah2 di atas dengan betul komputer anda akan boot dari CD dan anda akan dipaparkan dengan desktop distro linux. anda boleh terus menggunakan OS ini walau bagaimanapun kegunaannya agak terhad.Terdapat juga distro linux yang mempunyai icon install pada desktop livecd mereka. sekiranya anda berminat dengan distro tersebut, anda boleh memilih icon tersebut dan distro tersebut akan diinstall ke dalam komputer anda. Mudah bukan?

Tapi harap bersabar kerana perjalanan kita masih jauh.Kita boleh melakukannya dengan sedikit usaha atau kita boleh abaikannya dan terus bergelumang dalam dosa.

Dipetik dari: enolinux.blogspot.com

No comments:

Post a Comment