Tuesday, August 25, 2009

Menggunakan Command Line

Sekiranya anda biasa bekerja dengan Windows, anda pasti akan berasa selesa mengunakan antaramuka bergrafiknya dalam segala urusan. Namun adakalanya anda perlu menggunakan command line untuk mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu arahan atau kerja. Contohnya untuk memeriksa pemasangan sistem direct x pada komputer anda, anda akan menggunakan command lind dengan menaipkan arahan seperti "dxdiag" dan sebagainya.

Linux juga terus berevolusi dengan sokongan terhadap antaramuka bergrafik, namun ciri asalnya yang menekankan penggunaan command line tetap dipertahankan dan dibangunkan atas sebab-sebab tertentu. Kebolehan bekerja menggunakan command line ini adalah satu kelebihan di mana anda mampu untuk melakukan perubahan pada keseluruhan sistem anda mengikut kehendak anda. Namun ada juga keburukannya, anda mampu untuk merosakkan sistem operasi linux anda disebabkan oleh kesilapan yang kecil.

Baiklah kita telah bercerita secara kasar tentang command line atau boleh kita katakan ia sebagai antaramuka berasas teks. Pada sistem linux, kita boleh dapati berbagai variasi antaramuka berasaskan teks ini namun kesemuanya adalah satu program yang lebih dikenali sebagai shell (cengkerang). Shell inilah yang menjadi perantara antara pengguna komputer dan kernal (isirung) linux. Shell menerima arahan-arahan yang kita masukkan, menterjemahkan arahan-arahan tersebut kepada bentuk yang boleh difahami oleh kernal linux agar boleh diproses oleh kernal dan seterusnya menterjemahkan semula hasil pemprosesan kernal linux tadi kepada bahasa yang boleh difahami oleh kita sebagai output kepada arahan yang asal tadi.Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan shell, boleh rujuk ke:

1. http://www.gnu.org/software/bash/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Bash

Dipetik dari: enolinux.blogspot.com

No comments:

Post a Comment