There was an error in this gadget

Monday, July 13, 2009

ABOUT ME

Selamat bertemu di blog ini. Nama saya N.Thuraipandiyan. Berasal dari Pulau Pinang, pulau mutiara. Saya memulakan zaman persekolahan saya di SJKT Ladang Prye dan melanjutkan pelajaran ke SMK Taman Inderawasih. Saya telah bekerja sebagai juruteknik komputer di Asset And Material management di Perai selama setahun.

Kehidupan saya telah berubah setelah mendapat tawaran masuk Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 2004. Setelah tamat pengajian pada tahun 2007, saya telah ditempatkan di SJKT Vageesar, Kuala Selangor. Saya ada pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan moral, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan dan Pendidikan Jasmani. Saya diminta memegang jawatan Guru penyelaras ICT setelah sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar pada bulan April 2009.